Jawatan : EKSEKUTIF AKAUN
KELAYAKAN
Rakyat Malaysia yang berkelayakan, berminat dan beriltizam dipelawa memohon jawatan Eksekutif Akaun di Bernama. Pemohon yang ingin memohon jawatan ini mestilah berumur 18 tahun ke atas semasa tarikh iklan ditutup.
KELAYAKAN AKADMIK
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris; dan mempunyai kelayakan Diploma dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Perbankan atau Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan; Berkemahiran dan berpengetahuan menggunakan aplikasi Microsoft Office; Boleh berkomunikasi dengan baik.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Isnin, 8 Februari 2016 ke alamat berikut:
Pengurus Kanan Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13, Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR


Post a Comment