Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dipelawa memohon jawatan sebagai Pegawai Imigresen. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Pegawai Imigresen. Maklumat sebagai pegawai Imigresen adalah seperti berikut;
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Imigresen
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM936.00
Gaji Maksimum : RM3,424.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM95.00
SYARAT AKADEMIK
Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT FIZIKAL
Pemohon hendaklah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).
Pemohon lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : http://www.spa.gov.my/
Maklumat lanjut iklan jawatan sila ikuti pautan di bawah :
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan Sepanjang Tahun
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.
Nota :
Tim Kerjaya mungkin dapat membantu anda untuk mencapai impian anda. Kami di Tim Kerjaya berjaya membantu para garaduan untuk mencapai impian mereka. Kami menerbitkan panduan yang dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut kehendak format peperiksaan dan temuduga terkini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila dapatkan info Tim Kerjaya.
Tim Kerjaya mungkin dapat membantu anda untuk mencapai impian anda. Kami di Tim Kerjaya berjaya membantu para garaduan untuk mencapai impian mereka. Kami menerbitkan panduan yang dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut kehendak format peperiksaan dan temuduga terkini. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila dapatkan info Tim Kerjaya.


Post a Comment