Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Akauntan Gred W17 | Rakyat Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Akaun Gred W17 di BERNAMA. Agensi Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17

KELAYAKAN

Permohonan warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, beriltizam adalah dipelawa memohon jawatan PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.

KELAYAKAN AKADEMIK

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU Mempunyai kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat pertengahan (Simpan Kira-Kira)/ Perakaunan atau bidang yang berkaitan daripada Politeknik tempatan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KELAYAKAN MATEMATIK

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

SYARAT TAMBAHAN

Pemohon hendaklah berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer (Microsoft Office) dengan baik dan boleh berkomunikasi dengan baik.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan pada atau sebelum 18 Julai 2014 ke alamat berikut:


Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 14 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.


Post a Comment