Jawatan : PENOLONG PENERBIT (KONTRAK)
KELAYAKAN
Permohonan warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, beriltizam adalah dipelawa memohon jawatan PENOLONG PENERBIT . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Pemohon hendaklah mempunyai Ijazah/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN
Pemohon hendaklah mahir menulis dan bertutur dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia dan berpengalaman dalam bidang penerbitan berita TV.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, salinan Kad Pengenalan, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13,Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65AOff Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.


Post a Comment