KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED JAWATAN/GAJI : N17, N22, N26
TARIKH KUAT KUASA : 1 NOVEMBER 2013
SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara
lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas;
atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau
56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
TEMPOH PERCUBAAN
5.Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
LATIHAN
6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan yang berkenaan.
8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
9.Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.
KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N22
KENAIKAN PANGKAT KE GRED N26
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 ATAU PENGHULU GRED NP27
10.Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.
11.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 yang kosong apabila telah:
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
12. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
13. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 atau Penghulu Gred NP27 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) yang berkuat kuasa pada 2.7.2009 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2009).
Lokasi Penempatan
Ibu Pejabat, Kuching/Pejabat Wilayah Semananjung Malaysia
No. Siri Iklan : MPB/T/01/01/022016
Tarikh Iklan : 13 Februari 2016
Tarikh Tutup : 4 Mac 2016
Maklumat Lanjut : http://ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/jawatan_kosong.php


Post a Comment