PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41

i) Pemohon   memiliki   ijazah   dalam   bidang   pentadbiran/pengajian   perniagaan   atau pentadbiran awam atau ekonomi atau perbankan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan;

ii) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasaran,  perhubungan awam, program pembangunan setempat dan pernah bertindak sebagai penyelia dalam mana organisasi;

iii) Pemohon dikehendaki sanggup bekerja lebih masa, di luar waktu pejabat dan di luar stesyen apabila diperlukan dan bekerja dalam keadaan yang mencabar;

iv) Pemohon dikehendaki sentiasa bersedia dan berupaya melaksanakan tugas pada tahap sukar atau susah seperti sanggup berjalan kaki dan menaiki bot atau perahu panjang ke tempat yang dituju dan bermalam di kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di kawasan-kawasan pendalaman untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

v) Skop tugas ;

a) Aspek Pentadbiran Am
  • Mengendalikan pengurusan aset dan inventori pejabat.
  • Menyelia logistik iaitu menguruskan kenderaan pejabat/pemandu, menguruskan perkhidmatan mel, menguruskan kaunter khidmat pelanggan, bilik mesyuarat/seminar, dewan dan menguruskan permohonan kemudahan tambahan.
  • Membantu menguruskan daftar bil serta pembayaran bil.
  • Mengurus urusan kemudahan perubatan seperti pembayaran bil perubatan dan tuntutan   bayaran   balik   perubatan,   kemudahan   insurans   kakitangan   dan
  • percetakan  kad  perubatan  dan  pengemaskinian  maklumat  tanggungan  bagi
  • kakitangan.
  • Menyelia pengurusan fail & rekod,  perpustakaan,    pelaksanaan kad perakam waktu, pelaksanaan audit nilai dan  pelaksanaan anugerah-anugerah.
  • Pengurusan  dan  penyelenggaraan  (bangunan,  kenderaan     dan  penghawa dingin) Aset.
  • Pelaksanaan kebersihan dan keceriaan pejabat dan komunikasi.
  • Menyediakan dan menyemak kontrak kawalan keselamatan.
  • Membantu pelaksanaan projek-projek.
b)    Khidmat Sokongan
  • Bertanggungjawab dan menyelia Urusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan.
  • Menyelia Pelaksanaan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.
  • Menyelia Pengurusan Pengangkutan (Pemandu).
  • Menyelia Budaya Amalan 5S.
  • Menyelia Pengemaskinian Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM).
  • Menyelia Pengurusan Majlis Rasmi.
  • Menyelia Urusan Sewaan Pejabat/Gudang/Bangunan.

c)     Aspek Perancangan Strategik
  • Menyedia jawapan/input untuk soalan Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Jawatankuasa Kabinet, Mesyuarat Ketua Menteri dan sebagainya termasuk menyelaras serta menyediakan kertas kerja/jawapan kepada sebarang pertanyaan daripada jawatankuasa di atas.
  • Menyediakan input anggaran belanjawan mengurus
  • Menyediakan laporan prestasi pelaksanan projek-projek pembangunan MPB.
  • Mengurus penerbitan buletin industri lada.
  • Menyediakan laporan permohonan peruntukan pembangunan suku tahun. 
d)     Aspek Perhubungan Korporat
  • Merancang serta menguruskan imej korporat jabatan bagi penerbitan risalah dan video korporat dan mempromosikan jabatan di dalam dan luar negara.
  • Merancang serta menguruskan penerbitan Laporan Tahunan Jabatan serta menguruskan pembentangannya di Parlimen.
  • Menyelia delegasi pelawat dari luar negeri.
  • Merancang dan menyelia pelaksanaan kempen pengiklanan mainstream serta
  • ad hoc pasaran domestik untuk menarik penglibatan syarikat eksport tempatan.
  • Menyelaraskan  penyediaan  dan  penghantaran  kenyataan  akhbar  mengenai aktiviti jabatan kepada media.
  • Membantu  menguruskan  pembekalan  barang-barang  korporat,  kad-kad jemputan, buku Laporan Tahunan Jabatan serta buku Trade Performance serta
  • merancang dan mengurus pembelian hadiah-hadiah korporat untuk para media tempatan dan asing.

e)      Aspek Perdagangan Lada

•   Menyelia dan memantau operasi pembelian lada di ibu pejabat MPB dan pejabat cawangan di              seluruh Malaysia.
•   Menyediakan harga pembelian lada oleh MPB setiap hari.
•   Mengendalikan semua urusan berkaitan dengan tawaran pembelian lada melalui pasaran hadapan       fizikal oleh bahagian perdagangan MPB.
•   Menguruskan pembelian lada melalui perjanjian jualan  hadapan  di kesemua cawangan MPB.
•   Merancang sasaran pembelian lada tahunan bagi cawangan MPB.
•   Menyedia laporan prestasi belian dan jualan lada untuk  mesyuarat lembaga MPB.

f)      Aspek Pengurusan Stor

•   Menyelia dan memantau pengurusan stor MPB.

g)     Aspek Pembangunan Pengeluaran dan Usahawan Tani
  • Melaksana, menyelia dan memantau kemajuan pelaksanaan projek/program termasuk menyediakan  laporan  untuk  Program  Pembangunan  Industri  Lada (PIL) dan Program Bantuan Tanaman Baru (One-Off) di seluruh Negara;
  • Melaksana, menyelia dan memantau kemajuan pelaksanaan projek/program penubuhan dan aktiviti Koperasi Pekebun Kecil Lada;
  • Membantu  menyelaras  keperluan  infrastruktur  jalan  ladang  diperingkat  MPB
  • untuk dibawa ke peringkat kementerian;
  • Menyelaras  penyediaan  dan  pengumpulan  laporan-laporan  untuk  Program Bantuan Tanaman Baru Komoditi (One-Off) untuk seluruh Malaysia termasuk menjadi urusetia mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan program berkenaan; dan
  • Melaksana, menyelia dan memantau kemajuan pelaksanaan projek/program termasuk menyediakan laporan untuk Pengukuhan Tapak Semaian MPB dan Program Pembekalan Keratan Lada oleh pekebun.
h)    Aspek Galakan Pasaran Dalam dan Luar Negeri
  • Memantau aktiviti-aktiviti galakan/ promosi pasaran (Dalam dan Luar Negeri);
  • Menyediakan justifikasi kertas kerja bagi Pameran Dalam dan Luar Negeri serta
  • Misi Dagangan Antarabangsa;
  • Membantu mengemukakan cadangan penyertaan dan pencalonan pegawai MPB
  • untuk menyertai aktiviti pameran luar negeri dan misi dagangan; dan
  • Menyediakan bahan-bahan pameran untuk dalam dan luar negeri. 
i)      Aspek Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Pengkomersilan
  • Menjalankan Program Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam
  • Industri Lada Malaysia; dan
  • Mengelolakan Dialog Bersama Penggiat Industri Lada Malaysia.
j)       Aspek Perlesenan, Penguatkuasaan dan Penggredan
  • Mengurus  dan  mengatur  aktiviti  penggredan  di  MPB  seperti  persampelan, pengeluaran sijil dan perlepasan konsainmen;
  • Mengurus   dan   mengatur   pemprosesan   permohonan   baru   lesen   lada, pembaharuan dan pembatalan lesen; dan
  • Mengkoordinasi  aktiviti  penguatkuasaan  di  MPB  seperti  pemeriksaan  premis menjual, membeli, menyimpan, mengeksport

Lokasi Penempatan
Ibu Pejabat, Kuching/Pejabat Wilayah Semananjung Malaysia

No. Siri Iklan : MPB/T/01/01/022016
Tarikh Iklan : 13 Februari 2016
Tarikh Tutup : 4 Mac 2016

Maklumat Lanjut : http://ejawatan.mpb.gov.my/ejawatan/jawatan_kosong.php

Post a Comment