Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :

NA
MA JABATAN              :
JABATAN  PERKHIDMATAN  AWAM NEGERI

1.

No. Notis SPANS                   :

01/2016


Nama Jawatan                       :

Pegawai Tadbir Gred N41


Klasifikasi Perkhidmatan        :

Perkhidmatan Pentadbiran dan
Sokongan


Kumpulan Perkhidmatan         :

Pengurusan dan Profesional


Bilangan Kekosongan              :

Dua Puluh Empat  (24) Jawatan


Tempat Kekosongan               :

Seluruh Negeri Sabah


Taraf Jawatan                       :

Sementara


Jadual Gaji                            :

Gred N41 : RM1,911.00  -  RM8,646.00


Kenaikan Gaji Tahunan           :

RM225.00

1.2 Syarat Lantikan

a) i) Ijazah   Sarjana     Muda   yang    diiktiraf   oleh   Kerajaan  daripada
institusi    -    institusi    pengajian tinggi    tempatan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM1,911.00); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau   kelayakan   yang diiktiraf  setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,114.43);  atau

iii) Ijazah   Sarjana   Muda   Undang -   Undang yang   diiktiraf  oleh Kerajaan daripada institusi  - institusi pengajian tinggi tempatan  atau kelayakan   yang  diiktiraf  setaraf dengannya;

(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,216.64)

dan

b) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat   Sijil     Pelajaran     Malaysia   atau   kelulusan   yang   diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

1.3  Penetapan Kriteria

(a) Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Keutamaan  diberikan  kepada  calon-calon  yang  memperolehi  Purata  Nilai
Gred Kumulatif / CumulativeGradePointAverage  (CGPA) 3.5 (minimum);

(c)     Fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia termasuk lisan dan tulisan;

(d) Aktif dalam aktiviti Ko-Kurikulum dan Kesukarelaan (NGO);

(e) Dua  belas  (12)  daripada  kekosongan  jawatan  Pegawai  Tadbir  Gred  N41 tersebut hendaklah diisi oleh calon-calon yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi

1.4 Diskripsi Tugas

Merancang,   mengurus,   menyelaras,  melaksana   dan   menilai   dasar   dan
peraturan dalam bidang :

(a) Pentadbiran Am seperti pentadbiran pejabat, rekod, protokol dan istiadat, keselamatan, pengurusan harta dan bangunan, keurusetiaan, seranta dan perhubungan awam

(b) Pengurusan Personel seperti perjawatan, skim-skim perkhidmatan, pembangunan  organisasi  dan  perancangan  tenaga  manusia, perkhidmatan latihan dan kerjaya, gaji, elaun dan kemudahan, faedah persaraan dan hubungan perusahaan

(c) Pengurusan  Kewangan  seperti kewangan  am,  belanjawan,  akaun  dan pembayaran, pengurusan material dan stor

(d) Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

(e) Penyelidikan   dan   Pembangunan   Pengurusan   seperti   pemodenan tadbiran, pembangunan sistem kerja dan penggunaan automasi pejabat


2. CARA MEMOHON

2.1 Permohonan hendaklah dibuat secara     ONLINE SAHAJA   dengan   melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ Kemudahan untuk memohon secara onlineini ada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS Peti Surat 10998
88811 KOTA KINABALU

2.2 Hanya  calon-calon  yang  layak  selepas  tapisan  sahaja akan  dipanggil  untuk temuduga.

2.3 Salinan    sijil  -  sijil   Asal  (sijil  kelahiran  /  kad    pengenalan    pemohon  / kad pengenalan kedua  ibubapa  [sijil mati jika berkaitan]   /  sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

2.4 Permohonan    yang    diterima    daripada    calon  -  calon  yang  tidak  memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.


2.5 Pemohon - pemohon   yang   tidak   mendapat  sebarang   jawapan   selepas empat bulan   dari    tarikh  tutup  iklan,    hendaklah  menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.    Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau Pada 09 Mac 2016


Post a Comment