12 bidang jawatan yang berbeza
1. Hiasan dalam dan Komunikasi
Sebagai syarikat kelengkapan rumah, IKEA memerlukan kecekapan hiasan dalam dalam bidang yang berlainan termasuk setiap gedung IKEA dan bidang pemasaran dan komunikasi seperti pengeluaran katalog.
2. Perhubungan Pelanggan
Perhubungan pelanggan di IKEA termasuk di dalam dan di luar gedung - daripada bahagian resepsi dan kawasan kanak-kanak bermain, penukaran dan pemulangan dan pusat perhubungan.
3. Reka bentuk dan pembangunan produk
Pereka IKEA dan pembangun produk bekerja dengan rangkaian produk IKEA. Fokus mereka ialah menghasilkan produk yang rendah harga, kualiti, reka bentuk dan fungsi, mengambil berat tentang alam sekitar dan keselamatan.
4. Perancangan Perniagaan dan Kewangan
Pekerja kewangan menjaga keperluan dan mengemas kini kewangan IKEA. Perancangan perniagaan membantu melakukan keputusan perniagaan strategik menggunakan kemahiran usahawan dan maklumat pengurusan.
5. Sumber Manusia
Pasukan sumber manusia bekerja secara menyeluruh dalam organisasi IKEA dan menerajui tugas, menarik minat, membangun da memberi inspirasi kepada pekerja IKEA. Mereka mengendalikan pengrekrutan dan latihan, faedah dan berjayanya perancangan dan menjaga budaya IKEA.
6. Teknologi Maklumat (IT)
IT IKEA adalah organisasi global yang menyokong IKEA dengan penyelesaian perniagaan dan perkhidmatan. IT membekal perkhidmatan yang cepat, kukuh dan mesra pengguna selain daripada hanya teknologi.
7. Logistik
Logistik IKEA menentukan aliran barangan daripada pembekal ke pelanggan adalah secara terus dan efektif terhadap kos sebaik mungkin dan kurang bahaya kepada alam sekitar. Ini juga adalah untuk pengangkutan dan pengendalian barang dengan baik di pusat pengedaran dan gedung.
8. Pemasaran
Pakar pemasaran bertugas di semua negara yang mempunyai gedung IKEA dan di IKEA Communications di Älmhult, Sweden. Saluran pemasaran kami termasuk Katalog IKEA, laman web IKEA, brosur, pengiklanan dan Perhubungan Awam.
9. Pembelian
Pasukan Pembelian Barangan diseluruh dunia bekerjasama dengan pembekal dari lebih 50 buah negara. Selain mendapat nilaian terbaik untuk IKEA, mereka juga membantu pembekal membaiki suasana kerja dan menepati mesra alam sekitar.
10. Restoran (IKEA FOOD)
RESTORAN IKEA menawarkan banyak jawatan mencabar dalam 4 kategori - restoran, Bistro,kedai khas Makanan Sweden dan restoran pekerja.
11. Jualan
Pekerja bahagian jualan berkomunikasi tentang rangkaian produk IKEA dan konsep layan-diri kepada pelanggan setiap hari. Ini memerlukan kesungguhan digabungkan dengan pengetahuan tentang pelanggan IKEA, konsep IKEA dan rangkaian produk IKEA.
12. Mesra alam sekitar dan TQE
Pakar dalam Teknik, Kualiti dan Alam sekitar meningkatkan semua aspek kualiti produk di IKEA sementara mereke meminimumkan kos dan menyumbang kepada mesra alam sekitar dan masyarakat. Peranan termasuk memathuhi undang-undang, kejuruteraan alam sekitar dan kejuruteraan produk.
Cara memohon
Memohon jawatan di IKEA adalah mudah.
1. Gunakan enjin carian untuk mencari jawatan yang sesuai.
2. Hantar surat pengiring dan resume ( download resume ) anda yang mengandungi maklumat yang anda rasakan relevan. (Surat pengiring yang bagus mengandungi maklumat tentang diri anda berbanding dengan 100 diploma.)
3. Kami akan memaklumkan kepada anda apabila kami telah menerima permohonan anda dan sentiasa berhubung dengan anda.


Post a Comment