KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut:-
NAMA JABATAN : JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH
1.0 No. Notis SPANS : 09/2018
Nama Jawatan : Juru Ukur, Gred J41
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Bilangan Kekosongan : Tiga (03) Jawatan
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred J41 RM2,529.00 - RM9,643.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
1.1 SYARAT LANTIKAN
a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00)
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau Kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2.0 No. Notis SPANS : 10/2018
Nama Jawatan : Penolong Juruukur Gred J29
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : Sembilan (09) Jawatan
Tempat Kekosongan : Seluruh Daerah
Taraf Jawatan : Tetap (7) Sementara (2)
Jadual Gaji : Gred J29 RM1,860.00 – RM5,701.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
2.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik – politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
b) Diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; dan
c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau
3.0 No. Notis SPANS : 11/2018
Nama Jawatan : Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : Dua (02) Jawatan
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat
Taraf Jawatan : Sementara
Jadual Gaji : Gred W29 RM1,498.00 - RM5,678.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
3.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil Pengurusan Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29 : RM1,510.92); atau
b) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
c) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Tanah atau Pengurusan
Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,1851.28); dan
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang -kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4.0 No. Notis SPANS : 12/2018
Nama Jawatan : Pembantu Penilaian Gred W19
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan Kekosongan : Dua Belas (12) Jawatan
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat
Taraf Jawatan : Sementara
Jadual Gaji : Gred W19 RM1,353.00 - RM4,005.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
4.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40) ; atau
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang beerkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80) dan
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5.0 No. Notis SPANS : 13/2018
Nama Jawatan : Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam / Penolong Jurutera) Gred JA19
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Bilangan Kekosongan : Dua (02) Jawatan
Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat
Taraf Jawatan : Sementara
Jadual Gaji : Gred JA19 : RM1,377.00 - RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
5.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19 : RM1,377.00): atau
b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf Dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19 : RM1,435.12); atau
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sertaSijil kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA19 : RM1,493.24) dan
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
NAMA JABATAN : JABATAN TANAH DAN UKUR / JABATAN KERJA RAYA
6.0 No Notis SPANS : 14/2018
Nama Jawatan : Pembantu Awam Gred H11
Klasifikasi Perkhimdatan : Perkhidmatan Kemahiran
Kumplan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan kekosongan : Lima Puluh (50) Jawatan Jabatan Tanah dan Ukur (20) Jabatan Kerja Raya (30)
Tempat Kekosongan : Seluruh Daerah
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred H11 RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
6.1 SYARAT LANTIKAN
a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
NAMA JABATAN : JABATAN KERJA RAYA SABAH
7.0 No Notis SPANS : 15/2018
Nama Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bilangan kekosongan : Empat Belas (14) Jawatan
Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu (8), Sandakan (1), Lahad Datu (1), Tenom (1), Pitas (1) Tambunan (1), dan Beluran (1)
Taraf Jawatan : Tetap
Jadual Gaji : Gred H11 RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
7.1 SYARAT LANTIKAN
a) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00);
b) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P).
c) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh Skim Perkhinmdatan ini.
(Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen
Lesen D : RM1,264.15
Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
Lesen F/h : RM1,356.45
Lesen G/I : RM1,402.60
d) Calon bagilantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Nota: Syarat Tambahan (JKR Sabah)
Calon – calon yang mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada syarat (a) pemohonan mereka tidak akan dilayan)
NAMA JABATAN : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH
8.0 No Notis SPANS : 16/2018
Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan kekosongan : Tiga (03) Jawatan
Tempat kekosongan : Sekolah Menengah di seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji : Gred DG41 RM2,188.00 – RM9,552.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
8.1 SYARAT LANTIKAN
a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan pada Gred DG41 : RM2,188.00); atau
b) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada gred DG41: RM2,391.94); atau
c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji pemulaan pada Gred DG41 : RM2,391.94); atau
d) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setraraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred DG41 : RM2,902.98); atau
e) Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf setarf denganya oleh Kerajaan atau kelayakan yang diikitaf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred DG41: RM3,209.60).
f) Calon - calon lantikan hendakalah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
9.0 No Notis SPANS : 17/2018
Nama Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DG29
Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Taraf Jawatan : Tetap (40) Sementara (68)
Bilangan kekosongan : Satu Ratus Lapan (108)
Jawatan Tempat kekosongan : Sekolah Menengah dan Rendah Agama di seluruh Negeri Sabah
Jadual Gaji : Gred DG29 RM1,698.00 – RM5,717.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
9.1 SYARAT LANTIKAN
a) Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi perguruan tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji pemulaan pada gred DG29 : RM1,698.00); atau
b) Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
(Gaji pemulaan pada Gred DG29 : RM1,844.44)
c) Calon - calon lantikan hendakalah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
10.0 No Notis SPANS : 18/2018
Nama Jawatan : Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan kekosongan : Dua (02) Jawatan
Tempat kekosongan : Pejabat Agama Daerah JHEAINS Kunak Pejabat Agama Daerah JHEAINS Semporna
Jadual Gaji : Gred S29 RM1,493.00 – RM5,672.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
10.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil Tinggi persekolahan Malaysia aau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
c) Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gai pemulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95 dan
d) Calon - calon lantikan hendakalah memiliki Kepujian (sekurang– kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
11.0 No Notis SPANS : 19/2018
Nama Jawatan : Penolong Imam Besar, Penolong Pegawai Hal
Ehwal Islam Gred S29
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan
Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Tetap
Bilangan kekosongan : Satu (01) Jawatan
Tempat kekosongan : Masjid Negeri Sabah
Jadual Gaji : Gred S29 RM1,493.00 – RM5,672.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00
11.1 SYARAT LANTIKAN
a) Sijil Tinggi persekolahan Malaysia aau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
b) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
c) Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan daripada institusi pengainan tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gai pemulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95 dan
d) Calon - calon lantikan hendakalah memiliki Kepujian (sekurang– kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
12.0 CARA MEMOHON
12.1 Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Lama web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat:
Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU
12.2 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan di panggil untuk temuduga.
12.3 Salinan sijil - sijil Asal (sijil kelahiran / kad pengenalan pemohon / Kad pengenalan kedua ibubapa (sijil mati jika berkaitan ) / sijil - sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan ) dan disyaratkan dalam iklan ini hanya perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
12.4 Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.
13.0 Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 26 Disember 2018.


Post a Comment