Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dipelawa memohon jawatan sebagai Penolong Penguasa Kastam Gred WK29. Jangan lepaskan peluang untuk memohon jawatan sebagai Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 sekiranya anda berminat dan mempunyai kelayakan.

Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Kastam Diraja Malaysia
Jadual Gaji : RM1,498.00 - RM5,678.00
Kenaikan Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN

Pemohon Penolong Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK29 mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Pemohon Penolong Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK29 mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan.

Pemohon Penolong Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK29 mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Permohon Penolong Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK29 Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT BAHASA MELAYU 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Kastam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan di bahagian Syarat Lantikan dan lulus peperiksaan khas atau tidak melebihi had umur yang ditetapkan.

DESKRIPSI TUGAS PENOLONG PENGUASA KASTAM DIRAJA MALAYSIA GRED WK29

Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.

Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.

Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.

Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.

Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

CARA MEMOHON   

Semua permohonan hanya boleh dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) yang kami telah sediakan pautannya dibawah.

Pastikan pemohon mengisi borang secara online dan mengemukakan dokumen yang lengkap dan sahih semasa mengemukakan permohonan.

Seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada suruhanjaya berkaitan permohonan untuk mendapat pekerjaan atau perlantikan boleh disabit melakukan kesalahan dan boleh dihukum penjara datau denda atau kedua-duanya sekali.

PAUTAN 

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan  :
Permohonan Penolong Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK29 adalah bergantung kepada kekosongan.

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas.  👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment