Berita baik kepada anda yang berminat mahu menjadi Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan atau ingin mengetahui lebih lanjut kerjaya sebagai Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Baca maklumat dengan teliti sebelum melakukan permohonan bagi memahami bidang tugas Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dipelawa memohon jawatan sebagai Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :
1. Pembantu Anti Dadah Gred S19
Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Agensi Antidadah Kebangsaan
Jadual Gaji : RM1,352.00 hingga RM4,003.00
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan jawatan ini hendaklah seorang wargenegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ini disiarkan. Calon mesti mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh kerajaan.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
2. Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Agensi Antidadah Kebangsaan
Jadual Gaji : RM1,493.00 hingga RM5,672.00
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Calon bagi lantikan jawatan ini hendaklah seorang wargenegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ini disiarkan. Calon mesti mempunyai Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh kerajaan.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
3. Pegawai Antidadah Gred S41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab :Agensi Antidadah Kebangsaan
Jadual Gaji : RM2,078.00 hingga RM9,544.00
Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan jawatan ini hendaklah seorang wargenegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ini disiarkan. Calon mesti mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan.
Deskripsi Tugas :
Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Cara Memohon Jawatan Pegawai Agensi Anti dadah Kebangsaan :
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman web rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) di pautan berikut.
Pautan :
KLIK SINI UNTUK MEMOHON


Post a Comment