Permohonan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dipelawa memohon jawatan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19. Jangan lepaskan peluang untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 sekiranya anda berminat dan mempunyai kelayakan.

Kumpulan : Pelaksana
Kem/Jab : Kastam Diraja Malaysia
Jadual Gaji : RM1,353.00 - RM4,005.00
Kenaikan Tahunan : RM100.00


KELAYAKAN

Pemohon Pembantu Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK19 mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

KELAYAKAN AKADEMIK

Pemohon Pembantu Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK19 mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.

Pemohon Pembantu Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK19 mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Permohon Pembantu Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK19 mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Pemohon  bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas Pembantu Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK19 :

Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan di bawah. Pastikan pemohon mengisi borang online dan mengemukakan dokumen yang lengkap dan sahih. Seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada suruhanjaya berkaitan permohonan untuk mendapat pekerjaan atau perlantikan boleh disabit melakukan kesalahan dan boleh dihukum penjara datau denda atau kedua-duanya sekali.

Pautan :

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan Pembantu Penguasa Kastam Diraja Malaysia Gred WK19 adalah dibuka sepanjang tahun.

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas.  👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment