Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Pperguruan (PISMP) Ambilan 2020


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Maklumat dan permohonan boleh dilakukan menerusi Portal UPUonline. Semua calon yang berminat dikehendaki membeli no Pin di BSN bagi membolehkan permohonan dilakukan.

KETERANGAN PROGRAM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

SYARAT UMUM

Pemohon mestilah seorang Warganegara Malaysia. Umur pemohon mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000. Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Pemohon juga mestilah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

SYARAT AKADEMIK

Pemohon mestilah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. Pemohon wajib memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

Syarat wajib bagi permohonan PISMP lulusan SMA, SMU dan UEC ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah. Permohonan daripada calon yang tidak mempunyai kelulusan SPM dan tidak memenuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat bidang pengkhususan yang hendak dipohon.

SYARAT TAMBAHAN

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) :

Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)

Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU):

Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) mulai 23 Mac 2020. (Jam 2.00 Petang)

Tarikh permohonan ditutup : (31 Mac 2020).    

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.    

Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.    

Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang UPUonline, di alamat : http://upu.moe.gov.my/web mulai 24 Feb 2020. Pemohon juga dikehendaki membeli No Pin di BSN bagi membolehkan permohonan dilakukan dan dikehendaki mengemaskini bidang pengkhususan seminggu setelah keputusan SPM dikeluarkan.

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.

Post a Comment