Nama Jawatan : Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Kementerian / Jabatan : Kementerian Kesihatan Malaysia ( Semenanjung )
Kumpulan : Pelaksana
Jabatan : Pelbagai kementerian / Jabatan
Jadual gaji :
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kenaikan Tahunan : RM100.00
Kekosongan : 10
Simpanan : 20
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan yang diperlukan. Calon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Calon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan; atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu.
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini. Tarikh tutup permohonan baharu bagi jawatan ini adalah sebelum atau pada 19 April 2020 ( Ahad ) jam 11.59 malam.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 boleh mengemukan permohonan melalui pautan Borang SPA8i di bawah ;
KLIK SINI UNTUK MEMOHON
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
19 April 2020 ( Ahad ) jam 11.59 malam
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment