Iklan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan malaysia Sebagai  Pengawal Keselamatan Gred KP11 | Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang berikut:

1) Pengawal Keselamatan Gred KP11

KELAYAKAN AKADEMIK

Pemohon jawatan ini hendaklah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

atau

bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT FIZIKAL DAN PANCAINDERA

Pemohon hendaklah memiliki tinggi sekurang-kurangnya 1.57m; berat badan sekurangkurangnya 48kg; mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja). Pemohon juga hendaklah lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata. Pemohon hendaklah melakukan pemeriksaan kesihatan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

CARA MEMOHON

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di http://apps.mpm.edu.my/eperjawatan/

MAKLUMAT IKLAN

Sila layari link di bawah untuk mengetahui maklumat iklan dengan lebih lanjut.

http://portal.mpm.edu.my/iklan-jawatan-kosong

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

9 JUN 2020

CATATAN

Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temuduga. Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari selepas tarikh iklan ditutup.

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas.  👉https://t.me/portalkerjayamy

Post a Comment