Rakyat Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi jawatan seperti yang diiklankan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Perak.
Jangan lepaskan peluang untuk memohon iklan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Perak. Bagi yang berminat, sila pastikan membaca dan memahami cara-cara mengajukan permohonan.
Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam kerajaan Negeri perak adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41
2. PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI ) GRED N19
3. PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) GRED W19
4. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
KELAYAKAN
Semua pemohon yang ingin mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Perak mestilah seorang warganegara Malaysia. Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong mestilah berumur tidak kurang 18 tahun semasa tarikh iklan tutup.
KELAYAKAN AKADEMIK
Bagi jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam, pemohon mestilah mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ATAU
Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Bagi jawatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian / Operasi ), pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,
ATAU Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Untuk jawatan Pembantu Tadbir ( Kewangan ), pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Bagi Pemandu Kenderaan pula pemohon mestilah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Pemohon juga mesti mempunyai lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (dalam talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :
KLIK SINI UNTUK MEMOHON
Maklumat lanjut iklan jawatan sila ikuti pautan di bawah :
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2020/IKLAN_SPA_PERAK_322020.pdf
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan Iklan Bil.3/2020 DILANJUTKAN kepada 1 Jun 2020
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.
Maklumat lanjut iklan jawatan sila ikuti pautan di bawah :
http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2020/IKLAN_SPA_PERAK_322020.pdf
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan Iklan Bil.3/2020 DILANJUTKAN kepada 1 Jun 2020
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.


Post a Comment