Jawatan Kosong Di Institut Sukan Negara Malaysia | Institut Sujan Negara (ISN) adalah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang merupakan peneraju kepada pembangunan kemajuan dan kecemerlangan sains, perubatan dan teknologi sukan negara. Kecemerlangan dan kejayaan terhadap peningkatan prestasi atlet dan sukan negara menjadi fokus utama ISN kerana kejayaan melahirkan atlet berteraf dunia adalah melalui penerapan elemen sains sukan dan perubatan sukan yang bermula dari peringkat akar umbi sehinggalah menjadi seorang atlet bertaraf dunia.

ISN dengan ini mempelawa pemohon-pemohon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan Institut Sukan Negara :-

1. Pegawai Perubatan Gred UD43/44/UD47/48/UD51/52/UD53/54
2. Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
3. Pembantu Pustakawan S19

SYARAT LANTIKAN

Pegawai Perubatan

ijazah dalam ilmu  perubatan  yang  diiktiraf  oleh  Kerajaan  daripada institusi  pengajian  tinggi tempatan  atau  kelayakan  yang  diiktiraf  setaraf dengannya  sertatelah  berdaftar  sementara  atau penuh  dengan  Majlis Perubatan Malaysia. Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) AktaPerubatan 1971 dan  telah  memenuhi Peraturan-peraturan  Perubatan  seperti  perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Pegawai Belia dan Sukan

Pemohon hendaklah mempunyai ijazah sarjana muda yang diiktiraf  oleh  Kerajaan daripada institusi pengajian   tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf  oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Pembantu Pustakawan

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan ATAU Sijil  Pelajaran  Malaysia  atau  kelayakan yang diiktiraf  setaraf  dengannya oleh  Kerajaan  serta  Sijil  Kemahiran  Malaysia  Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU Sijil  Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  serta Sijil Kemahiran  Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

MAKLUMAT LANJUT IKLAN

http://isn.gov.my/jawatan-kosong-2020/

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan dihantar selepas tarikh tutup permohonan, akan di TOLAK. Pemohon yang dipanggil temuduga perlu membawa dokumen dan sijil asal serta salinan yang telah disahkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas Tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap permohonan tidak berjaya.

CARA MEMOHON

Semua permohonan hendaklah dihantar melalui email berikut : kerjaya@isn.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

26 MEI 2020

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas.  👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment