Jangan lepaskan peluang untuk memohon iklan jawatan kosong dalam perkhidmatan awam di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Bagi yang berminat, sila pastikan membaca dan memahami cara-cara mengajukan permohonan.
Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
Jawatan : Pegawai Bomba Gred KB19
KELAYAKAN
Permohonan warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan, beriltizam adalah dipelawa memohon jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Pemohon jawatan ini hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT FIZIKAL
Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Sementara ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
Dari segi pancaindera, pemohon hendaklah lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata, pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat yang diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
CALON LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
LANTIKAN BEKAS ANGGOTA TENTERA
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan.
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat :
KLIK SINI UNTUK MEMOHON
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment