Pasar Borong Kuala Lumpur Memerlukan 3000 Pekerja Bergaji RM2400

Seperti sedia maklum bahawa semua pekerja asing atau pendatang tanpa izin tidak lagi dibenarkan bekerja di pasar borong Kuala Lumpur bagi mengekang penularan COVID-19. Kerajaan Malaysia melakukan tindakan pembersihan pekerja pendatang tanpa izin dengan memberhentikan mereka daripada bekerja di pasar borong Kuala Lumpur.

KEKOSONGAN KERJA

400 peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang dekat sini, memerlukan hampir 3,000 pekerja tempatan untuk membantu mereka menjalankan perniagaan. Kerja kosong ini susulan kebanyakan pekerja adalah warga asing tidak lagi dibenarkan bekerja di pasar borong itu.  Kerajaan telah memulakan langkah mengurangkan kebergantungan tenaga kerja warga asing.

GAJI PEKERJA

Gaji yang ditawarkan oleh majikan untuk pekerja tempatan yang bekerja di pasar borong Kuala Lumpur ialah RM2400 sebulan.

KEMUDAHAN PEKERJA

Pekerja yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur diberi kemudahan yang baik. Antara kemudahan yang disediakan oleh majikan ialah pengangkutan dari tempat tinggal ke tempat kerja. Pekerja juga diberikan kemudahan tempat tinggal.

BIDANG KERJA

Pekerja ditugaskan untuk memunggah sayur dari lori dan dihantar ke kedai. Masa bekerja untuk bahagian ini ialah bermula 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pekerja pemborong ikan pula melakukan kerja-kerja memunggah ikan dari lori dan menghantar untuk dijual. Pekerja pasar borong ikan bekerja bermula pada pukul 11.00 malam hingga  8.00 pagi.

KELAYAKAN

Pekerja yang bekerja di pasar borong hendaklah sanggup bekerja dalam situasi kerja berat, basah, kotor dan busuk.

Kerajaan Malaysia menyeru kepada Rakyat Malaysia yang tidak bekerja supaya tidak memilih kerja dan bersedia melakukan kerja 3D demi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing.

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan iklan terkini, sila follow kami di facebook dan join channel telegram bagi mendapat kemas kini. Anda juga boleh mengisi borang langganan agar anda mendapat kemaskini terus ke email anda.

Post a Comment