Jawatan Kosong Sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk untuk mengisi jawatan sebagai Penguasa Bomba Gred KB41.
Sekiranya anda indiviru yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki, jangan lepaskan peluang untuk memohon jawatan ini.
Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
Jawatan : Penguasa Bomba Gred KB41
Jumlah Kekosongan : 40
Simpanan : 40
KELAYAKAN
Permohonan warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan adalah dipelawa memohon jawatan sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Pemohon jawatan ini hendaklah memiliki Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Memiliki ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.S
ATAU
Mrmiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT FIZIKAL
Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu. Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Sementara ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
Dari segi pancaindera, pemohon hendaklah lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata, pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat yang diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
LANTIKAN BEKAS ANGGOTA TENTERA
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan.
CALON LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Bomba Gred KB41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: mempunyai kelayakan akademik.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Aspek Operasi
Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Aspek Penguatkuasaan
Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Aspek Latihan
Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota
Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : http://www.spa.gov.my/ atau melayari
KLIK SINI UNTUK MEMOHON
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
6 JULAI 2020 (Isnin) jam 11.59 malam
PERHATIAN
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini.
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
6 JULAI 2020 (Isnin) jam 11.59 malam
PERHATIAN
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini.
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment