Jawatan Kosong Sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29.

Sekiranya anda indiviru yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki, jangan lepaskan peluang untuk memohon jawatan ini.

Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-

Jawatan : Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
Jumlah Kekosongan : 60
Simpanan :  90

KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan adalah dipelawa memohon jawatan sebagai Penguasa Bomba Gred KB29 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.

KELAYAKAN AKADEMIK

Pemohon mempunyai Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Pemohon mempunyai Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT FIZIKAL DAN PANCAINDERA

Pemohon mestilah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.

Pemohon mestilah mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Selain itu pemohon mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).

Pemohon mestilah lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata, lulus pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat, dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Pemohon mestilah lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN BEKAS ANGGOTA TENTERA

Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan Syarat  Fizikal Dan Pacaindera  dan  lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Bomba adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan mempunyai kelayakan dalam peranggan Kelayakan Akademik serta lulus Peperiksaan Khas. Had umur lantikan pula mestilah berumur kurang daripada  54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS
  • Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
  • Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
  • Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
  • Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

CARA MEMOHON

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : http://www.spa.gov.my/ atau melayari  

KLIK SINI UNTUK MEMOHON

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

6 JULAI 2020 (Isnin) jam 11.59 malam

PERHATIAN

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini. 

MAKLUMAT PENTING

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas.  👉https://t.me/portalkerjayamy

Post a Comment