1. SEDIAKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Calon hendaklah melakukan persediaan awal sebelum menghadiri temu duga. Antara dokumen yang perlu disediakan ialah calon hendaklah menyediakan resume bergambar, kad pengenalan dan sijil kelahiran, sijil kewarganegaraan jika berkenaan, sijil PMR/SPM/SPMV atau yang setaraf, sijil kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM jika berkenaan.
Calon temuduga juga perlu menyediakan dokumen lain seperti sijil STPM / STM / matrikulasi / SKROL / diploma dan transkrip ijazah sarjana muda / sarjana / PHD. Slip keputusan peperiksaan khas jika ada. Jika sekiranya calon pernah menerima biasiswa kerajaan, calon juga perlu membawa surat tawaran biasiswa. Jika anda mempunyai sijil yang berkaitan dengan jawatan juga jangan lupa bawa, dan sijil kegiatan luar.
Dokumen tambahan yang perlu anda bawa jika berkaitan seperti sijil pendaftaran OKU. Sekiranya calon temuduga seorang kakitangan awam, calon perlu membawa Laporan Penilaian Tahunan, Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, surat perakuan ketua jabatan dan slip gaji terakhir. Sekiranya anda mempunyai diploma dan ijazah jangan lupa cetak status pengiktirafan kelayakan.
2. KENAL PASTI PUSAT TEMUDUGA
Kenal pasti pusat temu duga yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum menghadiri temu duga supaya calon tidak tercari-cari pada hari temu duga dijalankan.
3. DAPATKAN MAKLUMAT JAWATAN YANG DIPOHON
Maklumat ini boleh diperolehi di laman web suruhanjaya perkhidmatan awam. Ini penting kerana soalan mungkin banyak menjurus kepada jawatan yang dipohon.
TIPS SEMASA TEMUDUGA
Pakai pakaian yang sesuai semasa menghadiri temuduga. Bagi calon temu duga lelaki disarankan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah, seluar slack warna gelap, kemas dan bergosok. Pakai tali leher yang sesuai dengan baju. Rambut hendaklah pendek dan disikat kemas. Pakai kasut dan stoking warna gelap. Tali pinggang pula sesuaikan dengan warna kasut.
2. Datang awal ke lokasi temu duga
3. Daftar di kaunter temu duga
4. Sila tunggu sehingga nombor anda dipanggil
5. Jawab dengan tenang dan yakin
6. Suara boleh didengari dengan jelas
[ + ] PANDUAN TEMUDUGA KERAJAAN
TIPS TEMU DUGA OLEH PENGERUSI SPA MALAYSIA
2. Menyampaikan dengan jelas dan tepat berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Sebagai contoh calon tidak dapat memberikan penjelasan bidang tugas jawatan yang dipohon. Ini menunjukkan calon tidak melakukan persiapan yang rapi sebelum menghadiri temu duga.
3. Komunikasi yang jelas sama ada menggunakan Bahsa Kebangsaan dan bahasa lain. Ada kemungkinan bahasa lain seperti bahasa Inggeris digunakan untuk menguji keupayaan komunikasi calon. Kegagalan komunikasi yang jelas dianggap calon tidak mempunyai persediaan menghadiri temu duga. Ada di kalangan calon beranggapan proses temuduga ini biasa-biasa sahaja.
Sebagai kesimpulan, sebelum menghadiri temu duga, satu perkara yang anda kena tahu proses temu duga itu bukan biasa-biasa. Sebab itu jika anda pernah menghadiri temu duga, ada calon yang mengambil masa cuma 15 minit, 20 minit dan ada yang sampai 30 minit untuk ditemu duga.
Persiapan itu bukan dengan hanya bertanya kepada rakan-rakan tetapi melakukan pembacaan yang luas dan Panduan Temuduga Kerajaan rasanya merupakan panduan yang sesuai untuk dijadikan rujukan untuk calon yang dipanggil temuduga kerajaan.
Semoga Berjaya

Post a Comment