Jawatan Kosong Sebagai Operator Jentera Pemunggah Gred H11 | Jabatan Sukarelawan Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik; (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan ; (iii) Mempunyai bakat kepimpinan ; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang ; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk untuk mengisi jawatan sebagai Operator Jentera Pemunggah Gred H11.
Sekiranya anda indiviru yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki, jangan lepaskan peluang untuk memohon jawatan ini.
Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
Jawatan : Operator Jentera Pemunggah Gred H11
Jumlah Kekosongan : 5
Simpanan : 20
KELAYAKAN
Permohonan warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan adalah dipelawa memohon jawatan sebagai Operator Jentera Pemunggah Gred H11 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Pemohon jawatan ini hendaklah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
DAN
lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
DAN
berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, worksyop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklift, tractor, prime mover, transfer crane, transteiner crane, stradle crane, kangaroo crane, gantry crane, laufting crane dan levelling crane.
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : http://www.spa.gov.my/ atau melayari
KLIK SINI UNTUK MEMOHON
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
12 JULAI 2020 (AHAD) Jam 11.59 malam
PERHATIAN
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini.
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
12 JULAI 2020 (AHAD) Jam 11.59 malam
PERHATIAN
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini.
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment