Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 | Jabatan Sukarelawan Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai Perkhidmatan Awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik; (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan ; (iii) Mempunyai bakat kepimpinan ; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang ; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19.
Sekiranya anda indiviru yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki, jangan lepaskan peluang untuk memohon jawatan ini.
Iklan jawatan kosong yang ditawarkan dalam perkhidmatan awam Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
Jawatan : Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
Jumlah Kekosongan : 15
Simpanan : 15
KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan adalah dipelawa memohon jawatan sebagai Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 . Umur pemohon yang ingin memohon mengisi jawatan kosong ini mestilah berumur 18 tahun dan keatas semasa tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN AKADEMIK
Pemohon jawatan ini hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KELAYAKAN FIZIKAL
Calon yang memohon jawatan ini hendaklah mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) Calon hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu, (ii) Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita, (iii) Mempunyai mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26, (iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja), (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata, pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi bencana di daerah berkenaan.
CARA MEMOHON
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat : http://www.spa.gov.my/ atau melayari
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
15 JULAI 2020 (RABU) Jam 11.59 malam
PERHATIAN
Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temu duga yang terkini.
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment