Ingin tahu senarai pekerjaan kritikal di Malaysia? Nak tahu senarai pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia?Jom semak apa pekerjaan masa hadapan untuk anda. Untuk makluman lebih lanjut, baca maklumat di bawah :


1. JURUTEKNIK KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL


Pekerjaan ini telah tersenarai dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (COL) selama 3 tahun berturut-turut, semenjak 2016 hingga 2018.


Pengaturcaraan PLC, Rangkaian Ditetapkan Perisian (SDN) dan Sistem Kuasa Elektrik adalah antara kemahiran yang sangat diperlukan untuk bidang pekerjaan ini.


2. PEREKA GRAFIK


Menjelang 2022, sebahagian besar syarikat yang ingin membina dan memasarkan perniagaan dijangka akan memperluaskan penggunaan teknologi mereka termasuk pasaran yang didayakan oleh aplikasi mudah alih dan laman sesawang.


Trend ini dijangka memberi kesan positif serta meningkatkan permintaan terhadap profesional dalam bidang reka bentuk, terutamanya reka bentuk grafik. 


Pelajar yang memilih pereka grafik sebagai kerjaya berpeluang menyertai pelbagai bidang pekerjaan termasuk pereka

pameran, pakar multimedia, pemasaran, pengilustrasi serta pereka produksi untuk teater, televisyen atau filem. 


3. AKAUNTAN BERTAULIAH


Pekerjaan ini mendapat permintaan tinggi daripada majikan dan telah tersenarai dalam kesemua empat edisi COL sejak 2015.


Perkembangan pesat teknologi digital dan perubahan standard perakaunan telah membawa kepada evolusi peranan serta fungsi para profesional perakaunan.


Justeru, para akauntan perlu lebih kompeten dalam bidang perakaunan dan teknologi maklumat bagi menggalas peranan hibrid dalam bidang ini.


4. PENGANALISIS DAN SAINTIS DATA


Permintaan di kalangan majikan untuk kerjaya ini dijangka akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang,

memandangkan semakin banyak syarikat yang akan memperluaskan analisis data besar pengguna dan entiti menjelang 2022.


5. AHLI KIMIA


Untuk menjadi ahli kimia, seseorang perlu mendapatkan persijilan daripada Jabatan Kimia Malaysia (JKM).


Ahli kimia farmaseutikal juga merupakan salah satu pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi.


Kelayakan utama yang diperlukan untuk ahli kimia khususnya dalam sub-industri kimia, petrokimia dan oleokimia ialah teknologi pemprosesan, aplikasi dan pengetahuan produk, analisis data, pengujian makmal, teknik pelaporan, instrumentasi serta pengurusan projek.


6. PEMBANGUN PERISIAN


Menjelang 2022, jumlah jam tugasan yang dijalankan oleh mesin merentasi 12 industri termasuk ICT dijangka meningkat sehingga 42%  berbanding 29%  pada 2018.


Dengan peningkatan penembusan digital, syarikat-syarikat berkaitan e-dagang dan mudah alih dijangka akan mengembangkan perniagaan mereka dan dalam beberapa tahun akan datang, permintaan oleh majikan akan terus meningkat terutamanya bagi jurutera perisian mudah alih dan pembangun perisian.


7. GURU PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah salah satu daripada kerjaya yang mendapat permintaan tinggi hari ini disebabkan

oleh peningkatan permintaan terhadap penjagaan kanak-kanak.


Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyasarkan supaya tenaga pengajar Taska dan Tabika KEMAS di seluruh negara memiliki sekurangkurangnya ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ia diumumkan sebagai sebahagian daripada Pelan Kualiti Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak KEMAS (PKPAK) 2020-2030, yang menyasarkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awal kanak-kanak di Malaysia.


Ketika ini, 9,387 daripada 11,196 guru KEMAS memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. KEMAS menyasarkan dalam tempoh lima tahun akan datang iaitu pada tahun 2019 hingga 2023, seramai 835 pengajar akan mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.


Sehingga kini, 227,267 kanak-kanak berusia antara empat dan enam tahun menerima pendidikan awal di 509 Taska dan 10,966 Tabika Kemas di seluruh negara.


8. JURUKIMPAL DAN JURUPOTONG (FLAME CUTTER)


Kekurangan ketara pekerjaan ini disebabkan oleh kekurangan kesedaran serta pengiktirafan umum mengenai kemahiran tinggi yang diperlukan oleh kerjaya sebegini.


Walaupun kebolehan untuk pengautomasian kerja-kerja kimpalan dan pemotong api hampir mencecah 80%, namun pengautomasian pekerjaan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju. 


9. KESELAMATAN SIBER


Sedang Malaysia beralih kepada ekonomi digital, keselamatan siber akan terus menjadi faktor penting dalam melindungi kepentingan pengguna daripada ancaman siber termasuk kecurian data dan sabotaj


Permintaan terhadap profesional siber sekuriti telah meningkat secara mendadak selaras dengan penyepaduan internet benda (IoT) dan pengkomputeran awan dalam proses serta operasi syarikat di segenap industri


Dalam Laporan Unjuran Pasaran Kerja ICT PIKOM 2018, keselamatan siber dikenal pasti sebagai salah satu daripada kerjaya berpendapatan tinggi di Malaysia.


10. KEJURUTERAAN MEKANIKAL


Kerjaya ini mendapat permintaan tinggi daripada majikan dan telah disenaraikan dalam kesemua empat edisi COL semenjak

2015.


Jurutera Mekanikal sangat diperlukan oleh pelbagai sektor termasuk Plastik, Kimia, Elektrik dan Elektronik, Peranti Perubatan dan Peralatan Jentera.


Sumber : Kementerian Sumber Manusia

Post a Comment