Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; Berdaya saing, pemikiran kreatif, dinamik serta matang.Bertanggungjawab, proaktif, daya inisiatif yang tinggi dan kemahiran interpersonal yang baik. Kebolehan bekerja secara berkumpulan, kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris berkerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Jawatan kosong yang ditawarkan di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di bawah:-
1. Penolong Pegawai Eksekutif ( Kejuruteraan ) Gred 31
2. Penolong Pegawai Eksekutif ( Penaksiran ) Gred 31
3. Penolong Pegawai Eksekutif ( Pentadbiran ) Gred 31
4. Penolong Pegawai Eksekutif ( Perakaunan ) Gred 31
KELAYAKAN AKADEMIK
Memiliki Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
KELAYAKAN TAMBAHAN
Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan.
KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Calon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan yang diiklankan sahaja. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM. Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://career.hasil.gov.my/
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
28 OGOS 2020
MAKLUMAT PENTING
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas. 👉https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment