Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah mempelawa wargenegara Malaysia khususnya rakyat negeri Sabah untuk menyertai perkhidmatan awam negeri Sabah yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan.


Maklumat iklan jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah seperti berikut ;-

1. Pembantu Operasi Gred N11

2. Pegawai Pertanian Gred G41

3. Pegawai Penyelidik Gred Q41

4. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29/32

5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

7. Jurugeospatial Gred J41

8. Penolong Juruukur Gred JA29

9. Pembantu Laut Gred A19

10. Pembantu Kemahiran (Juruelektrik) Gred H19

11. Pembantu Kemahiran (Tukang Kayu) Gred H19

12. Pengawas Hutan Gred G1

13. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19

14. Pembantu Kemahiran Gred H19

15. Pembantu Operasi Gred N11 (JKR)

16. Pembantu Awam Gred H11

17. Pemandu Kenderaan Gred H11


CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat ;-


[+] https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklan di dashboard calon.


Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


Salinan Sijil-Sijil Asal [Sijil Lahir / Kad Pengenalan Pemohon / Kad Pengenalan Ibu Bapa (Sijil Mati jika berkaitan) / Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan] dalam iklan ini HANYA perlu diabawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.


MAKLUMAT IKLAN


Klik pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat kesemua iklan jawatan kosong yang diiklankan.

[+] https://espans.sabah.gov.my/menu4.php


TARIKH TUTUP IKLAN


10 SEPTEMBER 2020


MAKLUMAT PENTING


Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Subscribe Channel Telegram Portalkerjayamy.com bagi mendapat kemas kini pantas.  👉https://t.me/portalkerjayamy


1 Comments

Post a Comment