LADA ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi jawatan lantikan secara Contract For Service (CFS) seperti berikut :
1. Penolong Eksekutif
Kelayakan Akademik
Calon perlu mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan seperti berikut:
1. Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Penterjemahan
Tempoh Pengalaman
Pengalaman dalam bidang penterjemahan/penulisan/penyuntingan dwi bahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
Skop Tugas
Merancang dan melaksanakan hal ehwal berkaitan pengurusan komunikasi dan media khususnya dalam aspek penterjemahan, semakan, suntingan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ke atas dokumen dokumen Kerajaan dan penerbitan LADA untuk memastikan komunikasi serta penyampaian maklumat dapat dilaksanakan secara berkesan seterusnya meningkatkan kredibiliti dan imej korporat LADA dalam kalangan pemegang taruh.
Menguruskan serta mengendalikan hebahan maklumat di akaun media sosial rasmi LADA.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my.
a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan
salinan seperti berikut:
(i) Kad Pengenalan;
(ii) Sijil Kelahiran;
(iii) Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
(v) Sijil Ijazah Sarjana Muda; dan
(vi) Transkrip Akademik.
b) Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis Penolong Eksekutif di sebelah kiri sampul. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi talian 04 9600600 dan permohonan yang telah lengkap diisi serta ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan)
c) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka
tidak berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 14 Julai 2022.
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Jom Follow kami di Facebook dan Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas. https://t.me/portalkerjayamy


We had been very glad to see that there are many of|there are numerous} different bonuses and thrilling tournaments out there at BetOnline. Most importantly, you won’t sacrifice the amount or high quality of video games once you determine to make use of the mobile website. You’ll still have access 카지노사이트 to similar video games, promotions, and different features.
ReplyDeletePost a Comment