Iklan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia Ogos 2022 | Majlis Peperiksaan Malaysia ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang berikut:-


Maklumat Jawatan : 

1. Pengawal Keselamatan Gred KP11


SYARAT PERMOHONAN


1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 hingga 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


2. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau


3. bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel

Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA MEMOHON


1. Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di :-


http://apps.mpm.edu.my/erecruitment/


Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Ogos 2022


MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.  


Post a Comment