Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Petaling Jaya Mac 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

Maklumat Jawatan : 
1. Penolong Pegawai Undang-Undang – Gred L29
2. Penolong Jurutera (Elektrik) – Gred JA29
3. Penolong Kurator – Gred S29
4. Penolong Pegawai Seni Bina – Gred JA29
5. Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa – Gred JA29
6. Penolong Akauntan – Gred W29
7. Penolong Arkitek Landskap – Gred Ja29
8. Artis Budaya (Jurulatih Tari) – Gred B21 
9. Pembantu Muzium – Gred S19
10. Pembantu Awam – Gred H11
11. Arkitek – Gred J41
12. Penolong Pegawai Penerangan – Gred S29
13. Pereka Grafik – Gred B29
14. Artis Budaya (Penyanyi) – Gred B29

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Pemohon hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui portal MBPJ
www.mbpj.gov.my.

2. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil Matrikulasi, STPM,
STAM, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk panggilan temu duga ;

3. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA


Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 Mac 2023

MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.  https://t.me/portalkerjayamy

Post a Comment