Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Kontrak di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.

Jawatan :

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon bagi lantikan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau pemprosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Khidmat Pelanggan Aras 4, Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau dengan memuat turun borang dari laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
ii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan
pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara - (jika berkenaan);
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
v) Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan LNPT yang terkini).

d) Calon-calon yang terpilih akan menjalani Ujian Kecerdasan (IQ Test) dan Ujian Kecergasan (Fitness) (sekiranya ada) sebelum layak dipanggil untuk sesi temuduga.

Tarikh Tutup Iklan : 06 JUN 2023

Untuk membuat permohonan, sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan dan maklumat iklan penuh.


MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.  

Post a Comment