Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) Jun 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan memiliki ciri-ciri modal insan berilmu,berkeyakinan, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan berkeperabadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat pentadbiran MARA. Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
Maklumat Jawatan :
1. Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41
2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29/30
3. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
4. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pemohon hendaklah memiliki Ijazah, Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Bagi kelayakan lain boleh baca iklan MARA.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui melalui link sah ( https://apps.mara.gov.my/vacancy/ ). Permohonan lewat atau tidak layak akan ditolak.
2. Semua permohonan akan disaring dan pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 JUN 2023
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Saluran Portal Kerjaya bagi mendapat kemas kini pantas.


Post a Comment