Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih dari 35 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut :
Jawatan Kosong
1. Pembantu Operasi
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
3. Penolong Pegawai Tadbir (Warisan/Pelancongan)
Syarat Kelayakan
Calon bagi lantikan Pembantu Operasi hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Tadbir (Warisan/Pelancongan) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pemohon handaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran seperti berikut :-
d) Mahir dalam mengendalikan Komputer dan perisian asas berkaitan. (Microsoft Office, Perisian Grafik dan Multimedia)
e) Mahir dan cakna dalam mengendalikan media sosial.
f) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris. (Penguasaan lain-lain bahasa merupakan satu kelebihan)
g) Berkebolehan membuat penyampaian dengan berkesan kepada individu dan kumpulan.
h) Berkebolehan menguruskan konflik dan menyelesaikan masalah.
Calon bagi lantikan Pembantu Operasi hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, dan
2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan adalah:-
(i) Diploma Sebaran Am (Public Relation)
(ii) Diploma Komunikasi dan Pengajian Media (Communication and Media)
(iii) Diploma Pentadbiran Awam (Public Administration)
(iv)Diploma Seni Kreatif /Seni Reka Grafik
Keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran seperti berikut :-
d) Mahir dalam mengendalikan Komputer dan perisian asas berkaitan. (Microsoft Office, Perisian Grafik dan Multimedia)
e) Mahir dan cakna dalam mengendalikan media sosial.
f) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa lnggeris.(Penguasaan lain-lain bahasa merupakan satu kelebihan)
g) Berkebolehan membuat penyampaian dengan berkesan kepada individu dan kumpulan.
h) Berkebolehan menguruskan konflik dan menyelesaikan masalah.
Kelayakan Bahasa Melayu
Bagi jawatan Pembantu Operasi calon hendaklah hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Penolong Pegawai Tadbir (Warisan/Pelancongan) calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
1. Pemohon hendaklah memohon secara atas talian dengan melayari laman web https://digital.perak.my.
2. Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen selepas mengisi secara ATAS TALIAN (ONLINE). Pihak Majlis hanya akan menghubungi calon-calon yang layak untuk ditemuduga sahaja. Pemohon yang tidak menerima apaapa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
3. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terakhir dan hanya perlu dibawa semasa Sesi Temuduga.
4. Calon-calon yang layak dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan dokumen yang telah disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan/Akademik yang telah disahkan dan lain-lain dokumen yang perlu dikemukakan.
Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2023
Untuk membuat permohonan, sila klik pautan di bawah untuk permohonan secara online dan maklumat iklan penuh tentang gaji dan bidang tugas.
<<Klik Sini Untuk Maklumat Iklan>>
Maklumat Tambahan
ila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.


Post a Comment