Jawatan Kosong Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Jun 2023 | Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
Jawatan Kosong :-
1. Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29
2. Penolong Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) Gred N29
3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
4. Pembentu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
5. Personal Mystep
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan Penolong Jurutera (Elektrik) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pemohon hendaklah memiliki Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
3. Memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Memiliki sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
atau
2. diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Tadbir hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
atau
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
atau
3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Calon bagi lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
atau
2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Calon bagi lantikan Personel Mystep hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Memiliki sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
2. diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
i Borang permohonan boleh didapati terus secara ONLINE melalui laman web SPPP atau memperolehinya di Pejabat SPPP, Unit Khidmat Pengurusan di alamat seperti tertera di bawah.
ii Bagi Penjawat Awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.
iii Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.
iv Permohonan yang tidak dilengkapi dengan gambar, salinan sijil berkaitan atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak. Surat-menyurat tidak akan dilayani.
v Penggunaan borang permohonan yang dibuat salinan adalah dibenarkan.
vi Calon yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan akan diberi keutamaan.
vii Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
viii Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
ix Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-
PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
ARAS 2, SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL
No. 1A, PESARA KING EDWARD
10300 GEORGE TOWN, PULAU PINANG
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2023
Untuk membuat permohonan, sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan dan maklumat iklan penuh tentang gaji dan bidang tugas.
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.


Post a Comment