Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jun 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di DSewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Maklumat Jawatan :
1. Pegawai Perubatan Gred UD43
2. Jurutera (Awam) Gred J41
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
4. Penjaga Jentera Elektrik (Calon Bukan Islam) Gred J19
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pemohon Pegawai Perubatan hendaklah memiliki (a) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia; atau
(b) Calon yang dilantik di bawah Seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta
telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
3. Bagi calon Jurutera Awam hendaklah memiliki kelayakan (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
4. Calon bagi lantikan Pembantu Kewangan hendaklah memiliki kelayakan :-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip
Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan
Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(d) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan)
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(e) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem
Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
6. Bagi mengetahui syarat lantikan lain seperti syarat tambahan, gaji sila rujuk pada iklan penuh iklan jawatan kosong.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL .
2. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, Sijil Matrikulasi, STPM,
STAM, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk panggilan temu duga ;
3. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan hendaklah menganggap permohonan TIDAK BERJAYA
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Julai 2023
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas. https://t.me/portalkerjayamy


Post a Comment