Jawatan Kosong Di Bawah Program MyStep 2023 di cawangan pemakanan Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan MyStep bagi tahun 2023 seperti berikut :-

Kekosongan

1. Mystep berkelulusan Diploma / setaraf

Syarat Kelayakan

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan terbuka kepada calon lelaki sahaja.

3. Pemohon memiliki Diploma dalam bidang Sains Sukan /  Fisioterapi / setaraf

4. Pemohon berkebolehan mengendali komputer terutamanya bagi perisian microsoft word, dan microsoft powerpoint.

5. Mempunyai kemahiran komunikasi serta kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Status Jawatan

Jawatan adalah kontrak dari bulan Julai sehingga Disember 2023 akan disambung bagi tahun 2024 jika prestasi memuaskan. Gaji permulaan yang ditawarkan adalah RM1900 sebulan. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO.

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Cara Memohon

Sekiranya berminat, calon dipelawa untuk mengemukakan resume berserta salinan kelayakan akademik dihantar melalui email ke asyraf.moh@gmail.com sebelum atau pada 8 Jun 2023. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En Asyraf di Talian 0322687333 sambungan 139

Post a Comment