Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Jun 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Maklumat Jawatan : 
1. Penolong Jurutera (Awam) Gred J29
2. Penolong Jurutera (Elektrik) Gred J29

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Pemohon hendaklah memiliki Memiliki Diploma Akademik dalam Bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Bidang yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:
i. Diploma Kejuruteraan Awam
ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas;
4. Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan boleh diberikan keutamaan; Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah satu kelebihan; Mahir menggunakan perisian Microsoft Office; dan Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my mulai
19 Jun 2023.

(b) Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jawatan sahaja.

(c) Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.

(d) Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Julai 2023


PANGGILAN TEMU DUGA

(a) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
(b) Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan
dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.  

Post a Comment