Jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia Jun 2023, Jabatan Sumber Manusia UKM ingin mempelawa kakitangan atau warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited serta berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di berikut:
JAWATAN KOSONG
1. Juru x-ray Gred U29
2. Jurupulih Perubatan Gred U29
3. Jururawat Gred U29
4. Juruteknik Perubatan Gred U19
5. Juruteknologi Pergigian Gred U29
6. Pegawai Farmasi Provisional
7. Pegawai Farmasi Gred U41
8. Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41
9. Pegawai Psikologi (Klinikal) Gred S41
10. Pegawai Sains Gred C41
11. Pegawai Tadbir Gred N41
12. Pemandu Kenderaan Gred H11
13. Pembantu Pembedahan Gigi Gred U19
14. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
15. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
16. Pengawal Keselamatan Gred KP11
17. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
SYARAT KELAYAKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Untuk melihat syarat kelayakan akademik dan syarat-syarat lain mengikut jawatan yang disenaraikan di atas boleh didapati pada iklan penuh iklan jawatan kosong di laman web UKM.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Sila layari laman web UKM bagi membuat permohonan secara atas talian.
2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Ujian Tapisan Kompetensi HCTM dan temuduga.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
4. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup iklan pada 12 JUN 2023
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Kakitangan bertaraf KONTRAK sedia ada adalah digalakkan untuk memohon.
Untuk mengetahui iklan penuh sila klik link di bawah :-
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.


Post a Comment