Iklan jawatan kosong Kerajaan Negeri Sabah Julai 2023 | Jabatan Perkhidmatan Awam Kerajaan negeri Sabah mempelawa calon yang berkelayakan untuk menisi kekosongan jawatan seperti berikut;
1. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19
SYARAT LANTIKAN
Calon hendaklah mempunyai ;
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
SYARAT LANTIKAN
Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.atau
(iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. ; atau
(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. PEMBANTU AWAM GRED H11
SYARAT LANTIKAN
Memiliki kelayakan berikut:
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
4. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
SYARAT LANTIKAN
Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ;atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
5. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
SYARAT KELAYAKAN
Calon hendaklah memiliki
(i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
SYARAT LANTIKAN
Memiliki kelayakan berikut:
(i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.; atau
(iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
SYARAT TAMBAHAN
Kelayakan Bahasa
Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Untuk mengetahui syarat-syarat lain sila lihat di iklan penuh jawatan kosong.
CARA MEMOHON
(i) Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php
(ii) Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.
(iii) Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(iv) Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(v) Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibu bapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.
(vi) Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JULAI 2023
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.


Post a Comment