Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Julai 2023 | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di Parlimen Malaysia.

Maklumat Jawatan : 
1. Pengawal Keselamatan Gred KP11 (16 Kekosongan)

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Pemohon mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Gred D dalam Subjek Matematik serta 3 subjek yang lain dalam peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

3. Pemohon Keutamaan akan diberikan kepada bekas Polis atau bekas Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Polis Sokongan atau Prebet yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN

1. Pemohon mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi
wanita tanpa bersepatu, berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita dan mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26.

2. Pemohon lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

1. Permohonan Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia di www.parlimen.gov.my

2. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut ;

Ketua Pentadbir
Parlimen Malaysia
Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran
Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur
(U.P : Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)


Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 JULAI 2023

MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.  

Post a Comment