Jawatan Kosong Parlimen Malaysia Ogos 2023 | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di Parlimen Malaysia.
Maklumat Jawatan :
1. Juruteknik Komputer Gred FT19 (1 kekosongan)
2. Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41 (2 kekosongan)
3. Pengawal Keselamatan KP11 (16 kekosonga)
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Pemohon mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu dan Gred D dalam Subjek Matematik serta 3 subjek yang lain
dalam peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah
Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan; dan
3. Bagi lantikan FT19, pemohon hendaklah Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Tahap 2/ 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Keutamaan akan diberikan kepada calon berpengetahuan dan mahir dalam penyelenggaraan sistem komputer.
4. Bagi calon lantikan N41, pemohon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan (Undang-undang/Sains Politik/ Hubungan Antarabangsa dan lain-lain bidang yang berkaitan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisianperisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan ; dan Keutamaan akan diberikan kepada calon fasih menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
5. Bagi calon lantikan KP11, calon hendaklah memiliki Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Gred D dalam Subjek Matematik serta 3 subjek yang lain dalam peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan Keutamaan akan diberikan kepada Pesara Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang
setaraf dengannya.
SYARAT LANTIKAN TAMBAHAN UNTUK KP11
1. Pemohon mempunyai tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi
wanita tanpa bersepatu, berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita dan mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19
hingga 26.
2. Pemohon lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
1. Permohonan Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia di www.parlimen.gov.my.
2. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut ;
Ketua Pentadbir
Parlimen Malaysia
Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran
Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur
(U.P : Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)
Tarikh tutup permohonan adalah pada
23 Ogos 2023 bagi FT19 dan N41
31 Ogos 2023 bagi KP11
MAKLUMAN
Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Sertai Channel Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.


Post a Comment