MARDI sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mempelawa warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :-

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
3. Pemandu Kenderaan H11

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau
(b) Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.

Calon bagi lantikan Pembantu Tadbir hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon bagi lantikan Pemandu Kenderaan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (b) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(c) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan
Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON

i) Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-Career@MARDI) sepenuhnya dengan melayari http://ecareer.mardi.gov.my/
a. Mendaftar di Sistem Permohonan Jawatan MARDI (e-Career@MARDI)
b. Memohon jawatan yang berkaitan
ii) Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan dokumen yang diperlukan berserta dengan gambar formal terkini dan berukuran passport (Gambar swafoto/selfie tidak
dibenarkan).
iii) Permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak
akan dipertimbangkan. Hanya calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dikategorikan sebagai permohonan tidak berjaya.

TARIKH TUTUP IKLAN : 05 OKTOBER 2023

Post a Comment