Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak sebagaimana maklumat berikut:
Peluang Kerjaya
1. Pengarah Gred 48
2. Penolong Pengarah Gred 41
3. Penolong Pegawai Gred 29
4. Penolong Tadbir Operasi Gred 19
5. Pembantu Tadbir Operasi Gred 11
SYARAT KELAYAKAN
PENGARAH – ( GRED 48)
Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 40 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
iii. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
iv. Berpengalaman dalam urusan dakwah sekurang – kurangnya 10 tahun terlibat dengan aktiviti sosial di lapangan adalah satu kelebihan;
v. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
vi. Calon yang layak temu duga akan menghadiri ujian kelayakan 3 hari 2 malam.
PENOLONG PENGARAH (GRED 41)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan dan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan Perniagaan / Perbankan Islam;
iv. Berpengalaman dalam urusan dakwah adalah satu kelebihan;
v. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENOLONG PEGAWAI (GRED 29)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
iv. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
v. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
vi. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENOLONG TADBIR OPERASI (GRED 19)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
v. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEMBANTU TADBIR OPERASI – (GRED 11)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakkan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E/GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)];
iv. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred (C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara memohon :
Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut jawatan di pautan seperti berikut :
❖ Jawatan Pengarah (Gred 48)
https://forms.gle/ZNFmymG2pSQZ9JD99
❖ Jawatan Penolong Pengarah (Gred 41)
https://forms.gle/7gFWC6k8w5QCDtrE6
❖ Jawatan Penolong Pegawai (Gred 29)
https://forms.gle/ersWF3mYGkdCnJD26
❖ Jawatan Penolong Tadbir Operasi (Gred 19)
https://forms.gle/dfHhsXm8RPQooioq8
❖ Jawatan Pembantu Tadbir Operasi (Gred 11)
https://forms.gle/sGNkeyKBYJsWEvD57
Tarikh Tutup Iklan 12 Oktober 2023


Post a Comment