Jawatan Kosong Parlimen Malaysia September 2023 | Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan di Parlimen Malaysia.
Maklumat Jawatan :
1. Pembantu Tadbir N19
SYARAT PERMOHONAN
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ; dan
3. Pemohon hendaklah memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diktiraf dengannya oleh Kerajaan
CARA MEMOHON
1. Permohonan Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia di www.parlimen.gov.my.
2. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).
3. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat berikut ;
Ketua Pentadbir
Parlimen Malaysia
Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran
Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur
(U.P : Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 SEPTEMBER 2023
MAKLUMAN AM
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


Post a Comment