Peluang Kerjaya di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) | Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di KEJORA.
Jawatan Kosong
1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Pegawai perkeranian Gred N41
3. Penolong Pegawai Perancang Tanah Gred G29
4. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
5. Pembantu Operasi Gred N11
6. Pemandu Kenderaan Gred H11
7. Pembantu Awam Gred H11
Syarat dan Kelayakan Pemohon
Calon bagi lantikan Pegawai Tadbir Gred N41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon bagi lantikan Pegawai perkeranian Gred N41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon handaklah memiliki Ijazah Sarjana Suda Sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon bagi lantikan Penolong Pegawai Perancang Tanah Gred G29 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon hendaklah memiliki Diploma dalam bidang perladangan, pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Calon bagi lantikan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon handaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Calon bagi lantikan Pembantu Operasi Gred N11 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon handaklah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [Kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
Calon bagi lantikan Pemandu Kenderaan Gred H11 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon handaklah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
dan
iii. berkebolehan memandu, mengendali, dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Calon bagi lantikan Pembantu Awam Gred H11 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
3. Calon handaklah memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon bagi lantikan Gred H11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui Laman Web KEJORA di alamat www.kejora.gov.my iaitu pada pautan e-Perjawatan atau di alamat
https://eperjawatan.kejora.gov.my
b. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
c. Hanya Calon Yang Layak Selepas Tapisan Sahaja Akan Dipanggil Untuk Ditemuduga.
d. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap gagal.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH SEBELUM ATAU PADA :
21 SEPTEMBER 2023


Post a Comment