Peluang Kerjaya di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) | Permohonan adalah dipelawa kepada  Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di LHDN.

Peluang Kerjaya :
1. Pembantu Hasil
2. Pengawal Keselamatan
3. Penghantar Notis
4. Juruteknik Hasil (Fasiliti)
5. Juruteknik Hasil (Komputer)
6. Penolong Eksekutif Hasil
7. Eksekutif Hasil

SYARAT DAN KELAYAKAN

Calon bagi lantikan Pembantu Hasil hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Mempunyai Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.

3. Memiliki kelayakan tertinggi sehingga Diploma sahaja dan mempunyai kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan yang dibenarkan memohon jawatan ini menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.

Calon bagi lantikan Pengawal Keselamatan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Mempunyai Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.

3. Calon perlu memiliki ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :-
i. Ketinggian – Sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurangkurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
-Tidak cacat anggota tubuh badan.
-Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. 

Calon bagi lantikan Penghantar Notis hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Mempunyai Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.

3. Mempunyai lesen menunggang motosikal yang sah.

Calon bagi lantikan Juruteknik Hasil (Fasiliti) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Mempunyai Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.

3. Sijil Kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon bagi lantikan Juruteknik Hasil (Komputer) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Mempunyai Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.

3. Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal & vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

4. Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal & vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

5. Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal & vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Calon bagi lantikan Penolong Eksekutif Hasil hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

2. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

ATAU

3. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

4. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

ATAU

5. Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

6. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

ATAU

7. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan bagi yang tidak memiliki kelayakan Diploma, STPM dan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia; dan

8. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Calon bagi lantikan Eksekutif Hasil hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

2. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

Permohonan jawatan adalah dibuat secara dalam talian di Portal Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. 



Post a Comment