Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia Oktober 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut ; (i) Mempunyai keterampilan yang baik, (ii) Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan; (iii) Mempunyai kepimpinan; (iv) Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan (v) Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan dipelawa untuk mengisi jawatan seperti berikut :

Maklumat Jawatan : 
1. Pegawai Dietetik Gred U41


SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas berkaitan pengurusan dan pemantauan perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dan penyediaan makanan berzat dan sesuai berdasarkan Hospital Diet Manual, khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan diet teraputik, merancang dan melaksanakan aktiviti latihan dan penyelidikan berkaitan.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan hendaklah mengemukakan atau mengemas kini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu mempastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah pada 2 November 2023.


Tarikh tutup permohonan : 

MAKLUMAN

Sila ambil perhatian tarikh post ini ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan tentang tarikh tutup iklan. Bagi mengelakkan ketinggalan Iklan Jawatan Kosong Terkini, Join Saluran Telegram Portalkerjayamy bagi mendapat kemas kini pantas.  

Post a Comment