Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) OKTOBER 2023 | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Jawatan Kosong :

1. Pegawai Tadbir N41
2. Pegawai Undang-Undang L41
3. Pembantu Tadbir N19 (Operasi/Perkeranian)

Syarat Kelayakan

Bagi calon lantikan Pegawai Tadbir N41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.atau; 

ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bagi calon lantikan Pegawai Undang-Undang L41 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

 ii) Sijil Amalan Guaman

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Tambahan

(i) Sijil Amalan Guaman dengan tempoh amalan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun adalah diberi keutamaan.

(ii) Memiliki kemahiran pemikiran kritikal, daya fokus yang tinggi dan boleh bekerja secara berpasukan.

Bagi calon lantikan Pembantu Tadbir N19 (Operasi/Perkeranian) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : TETAP

Panduan/Cara Memohon

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat https://www.lada.gov.my/jawatan-kosong/

a) Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan seperti berikut:-

i. Kad Pengenalan;
ii. Sijil Kelahiran;
iii. Sijil Berhenti Sekolah;
iv. Sijil Pelajaran Malaysia;
v. Sijil Ijazah dan transkrip; dan
vi. Lain-lain sijil yang berkaitan (kurikulum & kokurikulum)

b) Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIMOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-
 
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

c) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 OKTOBER 2023. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9600600.

Post a Comment