Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau warganegara Malaysia yang berkelayakan untukmengisi kekosongan jawatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia secara kontrak bagi jawatan sebagaimana berikut :

1. Pegawai Psikologi Gred S41
2. Juruteknik Komputer Gred FT19
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan Pegawai Psikologi hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86); atau

ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2, 281.86); atau

(iii) Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2, 690.32); atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,997.32)

(d) Calon hendaklah mempunyai Lesen Kaunselor Berdaftar dari Lembaga Kaunselor Malaysia.

(e) Calon hendaklah menduduki ujian Psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi.

Calon bagi lantikan Juruteknik Komputer hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. 
(Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,377.00);atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred FT19 : RM 1,493.24)

(d) Calon hendaklah menduduki ujian Psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi

Calon bagi lantikan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

(d) Calon hendaklah menduduki ujian Psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong melalui pautan https://bpsm.johor.gov.my/jawatankosong/ atau dengan mengimbas Kod QR seperti di dalam iklan Jawatan Kosong

2. Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan GAMBAR BERUKURAN PASPORT TERKINI dan SALINAN DIAKUI SAH bagi semua dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut :-

i) Sijil Kelahiran
ii) Kad Pengenalan
iii) Sijil Berhenti Sekolah
iv) Sijil SVM/SPM/SKM Tahap 3/SKM Tahap 2 (FT19 / N19)
v) Sijil Doktor Falsafah/Sarjana/Ijazah Sarjana Muda (S41)
vi) Sijil-Sijil Akademik Dan Kelayakan Yang Berkaitan
vii) Salinan semakan Pengiktirafan kelayakan pendidikan dari JPA melalui
pautan https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil/Diploma/Ijazah)

* (Pegawai yang yang layak membuat pengesahan Salinan dokumen adalah daripada Kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 41, Kumpulan A ke atas dan lain-lain seperti Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Senator/Ketua Masyarakat)

3. Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :-

SETIAUSAHA BAHAGIAN,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR,
ARAS 2, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD KOTA ISKANDAR,
79000 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.

4. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di sudut sebelah atas kiri sampul surat.

5. Permohonan daripada kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan dan disertakan sekali Kenyataan Perkhidmatan yang terkini bertaip dan Salinan Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun kebelakang. 

6. Calon hendaklah menduduki Ujian Psikologi yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi saringan Psikologi.

7. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja dipanggil temuduga.

8. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

9. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

PERMOHONAN AKAN DITOLAK SEKIRANYA:

1. Tidak menggunakan borang permohonan yang telah disediakan;
2. Tidak membuat pengesahan salinan dokumen-dokumen yang disertakan;
3. Tidak lengkap atau tidak terang tulisan;
4. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam iklan; dan
5. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat;

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 07 DISEMBER 2023 (KHAMIS)




Post a Comment