Majlis Amanah Rakyat (MARA), mempelawa warganegara Malaysia yang memiliki ciri model insan berilmu, berkeyakian, berintegriti, berinovatif, berdaya kreatif, berdedikasi dan berkeperibadian cemerlang untuk mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia. Kekosongan jawatan adalah seperti berikut :
1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
4. Pembantu Maklmal Gred C19
5. Juruteknik Komputer Gred FT19
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
7. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
8. Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
9. Pembantu Operasi Gred N11
10. Pemandu Kenderaan Gred H11
SYARAT UTAMA LANTIKAN
1. Warganegara Malaysia: dan
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Calon bagi lantikan jawatan 1 hingga 8 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Calon bagi lantikan jawatan 9 hingga 10 hendaklah merniliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN BAGIS SETIAP JAWATAN
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
1.1 i. ljazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
ii. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
iii. ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
iv. ljazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
v. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. atau
vi. ljazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.atau
vii. Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
1.2 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. Mempunyai kelayakan di perenggan 1.1, atau ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. Had umur pelantikan:
a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
2.1 i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
iii. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
iv. Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
v. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2.2 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i. Mempunyai kelayakan di perenggan 2.1; atau ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan iii. Had umur pelantikan :
a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
3.1 i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
iii. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
iv. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3.2 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pemeriksa Cap Jari dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i. Mempunyai kelayakan di perenggan 3.1; atau ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan iii. Had umur pelantikan :
a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
4. PEMBANTU MAKMAL GRED C19
4.1 i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut, atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
5. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
5.1 i. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan, atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19
6.1 i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6.2 Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
i. Mempunyai kelayakan di perenggan 6.1, atau ii. Lulus Peperiksaan Khas; dan iii. Had umur pelantikan:
a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
7.1 i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19
8.1 i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
9. PEMBANTU OPERASI GRED N11
9.1 i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
10. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
10.1 i. Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
ii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; dan
iii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
10.2 Tugas utama adalah memandu bas yang memerlukan lesen PSV (Public Service Vehicle) Bas.
TARAF JAWATAN
Tetap / Kontrak
SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PERMOHONAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
1. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.
2. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan.
3. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja seperti berikut: a. Portal rasmi MARA: www.mara.qov.my; atau b. Facebook :
https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat; atau c. Instagram :
https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat; atau d. Twitter :
https://twitter.com/maragov.
4. Hanya permohonan dibuat secara dalam talian/online melalui pautanllink yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
5. Permohonan akan terbatal sekiranya pemohon didapati memberi maklumat yang salah / tidak benar / manipulasi maklumat dalam borang permohonan. Maklumat-maklumat tersebut akan disemak secara terperinci pada hari temu duga.
6. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
7. Semakan pengiktirafan kelayakan sijil/diploma/ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/ijazah doktor falsafah boleh dibuat melalui laman web Agensi Kelayakan Malaysia iaitu www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm.
8. Pemohon yang berjaya melepasi saringan sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.
9. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
10. Tarikh Tutup Permohonan iklan jawatan ini pada 31 Disember 2023


Post a Comment